PEMBAHAGIAN HARTA MENGIKUT FARAID


Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.Sebelum harta si mati dibuat faraid, ia perlu menyelesaikan beberapa perkara lain terlebih dahulu. Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat. Dalam kitab tersebut wasiat telah ditafsirkan sebagai pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu pemberian tersebut diserahkan setelah pemberiannya sudah mati.Pemberian wasiat orang Islam boleh diberikan dengan kadar tidak melebihi 1/3 bahagian sahaja. Wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah tidak berkuatkuasa kecuali mendapat persetujuan ahli waris yang lain atau kadar tersebut mesti dikurangkan sehingga sekadar 1/3 sahaja. Hukum Syarak juga telah menetapkan bahawa penerima harta pusaka melalui wasiat ini adalah seseorang yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris.Baiklah, kita dah nak masuk kepada hokum faraid tapi sebelum tu jom kita lihat kepada perengan kedua tulisan ini supaya kita faham betul-betul. Faraid hanya boleh dibuat setelah kita menyelesaikan perkara-perkara yang dinyatakan pada perengan kedua tadi dan selepas itu barulah baki harta itu dibahagikan menurut hukum faraid. Perlu diingat di sini ya, hanya baki selepas kesemua perkara yang dinyatakan tadi diselesaikan dahulu barulah kita buat faraid.


Apakah dia hukum Faraid?

Perkataan Faraid berasal daripada perkataan faradha di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak untuk ahli waris.Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian faraid, maka makna hukum faraid ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemprosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak. Bagi mengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, terdapat caranya atau kadarnya, siapa yang berhak menerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, dan itulah yang dinamakan ilmu faraid. Pengertian ilmu faraid menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu faraid akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan kepada hukum yang ditetapkan. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai pelaksana dalam menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui faraid adalah wajib.Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i telah datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsian hidupnya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid di Uhud semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah.
Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa'.Setelah itu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).Berdasarkan ayat di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar. Setiap yang wajib itu akan mendapat pahala jika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum faraid hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal. Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sah dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum faraid melalui cara berikut:Pertama : Perkara yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya. Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya (upahkan haji untuknya), begitulah seterusnyaKedua : Setelah selesai perkara pertama disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.Ketiga : Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.Keempat : Daripada baki harta itu lagi, dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi masih cukup untuk dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.Kelima : Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan di atas, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faraid yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masing-masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)
Telah menjadi amalan umat Islam bahawa apabila simati meninggal dunia maka waris akan membuat kenduri tahlil untuk mendoakan simati. Waris-waris perlu ingat bahawa sekiranya mereka bercadang mengadakan majlis tahlil perlulah menggunakan wang poket masing-masing dan jangan digunakan wang peninggalan simati kerana hak-hak yang wajib ditunaikan (5 perkara) di atas belum diselesaikan dan sesunguhnya kenduri tahlil ini hanyalah amalan yang diamalkan khususnya bangsa melayu dan bukannya tuntutan dalam Islam.Adalah jelas di sini waris- waris tidak boleh memakan harta simati sebelum di tunaikan hak-hak simati dan dibuat pembahagian dengan ahli-ahli waris yang lain secara faraid.


Siapa yang layak menerima Faraid?

Orang yang berhak kepada harta waris hanyalah orang-orang yang disebut sebagai ahli waris yang terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan, seperti berikut:Daripada pihak lelaki:1. Anak lelaki2. Anak lelaki daripada anak lelaki (cucu).3. Bapa.4. Datuk5. Saudara lelaki seibu sebapa (saudara kandung)6. Saudara lelaki sebapa7. Saudara lelaki seibu8. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa9. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa10. Bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapaII. Bapa saudara yang sebapa dengan bapa12. Anak lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa13. Anak lelaki daripada bapa saudara yang sebapa dengan bapa14. suami15. Orang yang memerdekakan hamba sahaya (bekas tuannya).Daripada pihak perempuan:1. Anak perempuan2. Anak perempuan daripada anak lelaki3. Ibu4. Nenek perempuan daripada pihak ibu5. Nenek perempuan daripada pihak bapa6. Saudara perempuan seibu sebapa7. Saudara perempuan sebapa.8. Saudara perempuan seibu9. Isteri.10. Perempuan yang memerdekakan hambanya




Wasiat

Nabi SAW menggalakkan umatnya supaya membuat wasiat melalui sabdanya: "Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya".(Muttafaqun Alaihi)Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidupnya lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Baginda telah mengarahkan sahabat yang ingin pergi berperang agar mewasiatkan hartanya kepada orang lain. Ia bertujuan agar segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan, sekiranya dia syahid di medan peperangan, dapat diurus dengan baik dan sempurna.Sesungguhnya Islam telah menyusun, mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka. antaranya adalah melalui kaedah wakaf, sedekah, hibah, faraid dan wasiat.Sabda Rasulullah SAW maksudnya :"Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak, maka tiada wasiat untuk warisnya".(Hadis Riwayat At-Tarmizi)Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid. Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dahulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid.Menurut ulamak feqah, wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati. Manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk membuat wasiat dan menuliskannya dan diserahkan kepada satu "badan pemegang amanah" yang akan di pertanggungjawabkan untuk membantu menyelesaikan harta pusaka menurut hukum faraid.Wallahualam bissawabx




1 comment:

  1. Rapidly this kind of fantastic web site will surely unquestionably often be well-known amongst many creating any website people, for your meticulous articles along with testimonies.Give Zakat

    ReplyDelete

Education is not just about going to school and getting a degree.It's about widening your knowledge