Monday, June 4, 2018

Pesaka


PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA



Harta Pusaka boleh dibahagikan kepada 3 jenis dan tiga Agensi juga terlibat dalam pengurusan Harta Pusaka ini. Jenis Harta Pusaka boleh dilihat sama ada Harta Pusaka itu berwasiat atau tidak berwasiat, Nilai keseluruhan harta yang ditingalkan dan juga Jenis harta yang ditingalkan.



Pusaka Besar
 
Pusaka Besar merupakan harta tak alih sahaja atau harta alih sahaja atau kedua-duanya sekali yang mana nilai harta tersebut berjumlah lebih daripada RM2 juta. Perkara ini hanya boleh dibuat berdasarkan wasiat walaupun wasiat tersebut nilaiannya kurang daripada RM 2 juta. Pusaka Besar diuruskan dan ditentukan di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi melalui Akta Probate dan Pentadbiran 1959.



Pusaka Kecil

Ia merupakan nilaian harta yang kurang daripada RM2 juta dan terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran antara harta tak alih dan harta alih. Ia boleh dibuat tanpa berwasiat dan ia adalah dibawah bidangkuasa Pejabat Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.



Pusaka Ringkas

Hanya terdiri daripada harta alih sahaja dan jumlah nilaian adalah kurang daripada RM600,000.00. Pusaka ringkas ini adalah dibawah bidang kuasa Amanah Raya Berhad yang menguruskan harta pusaka ini melalui Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995.



Definasi harta tak alih dijelaskan melalui Pekeliling KPTG Bil 22/ 2009. Antara harta yang dikategorikan sebagai harta tak alih adalah seperti tanah dan atau rumah diatasnya dan apa-apa kepentingan si mati di atas tanah tersebut. Nama simati pula didaftarkan secara mutlak di dalam geran tanah. Jika simati didaftarkan sebagai pemegang amanah atau pentadbir pusaka maka simati bukanlah pemilik mutlak ke atas tanah tersebut dan Tanah tersebut tidak boleh dibuat pesaka atau dituntut oleh warisnya. Tanah TOL atau tanah LPS bukanlah hakmilik mutlak simati dan ia tidak boleh dituntut. Manakala harta alih pula adalah seperti wang tunai, saham, simpanan bank, kwsp, insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan barang-barang berharga.



Harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka adalah harta simati yang telah diberi kepada orang lain semasa hayatnya atau harta yang telah dijual oleh simati kepada orang lain. Ia juga termasuk dengan harta yang telah diwakafkan oleh simati atau harta yang dipegang amanah oleh simati. Pencen, Ganjaran dan Socso juga bukan merupakan harta yang boleh dibuat pusaka.



Harta Pusaka boleh dipohon dan dituntut oleh waris simati, pemegang gadaian, pemegang pajakan, pemiutang dan pengkaveat bersama dengan dokumen sebagai bukti perhubungan kepada waris atau sebagai orang yang berkepentingan. Manakala cara pembahagian pula adalah mengikut hukum syarak iaitu faraid bagi orang islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan islam. Ia juga boleh dilaksanakan secara muafakat atau persetujuan kesemua waris. Sekiranya tiada persetujuan antara waris, cara pembahagiannya adalah dengan memberikan surat kuasa untuk mentadbir atau bolehlah diperintahkan untuk dilupuskan atau dijual dan hasil jualan hendaklah dibahagi kepada waris mengikut undang-undang.



Wasiat oleh orang bukan islam dibuat mengikut Akta Wasiat 1959 dan perlu dibuat secara bertulis mengikut format tertentu berdasarkan jenis wasiat tersebut dan pembahagian harta pula adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Manakala wasiat bagi orang islam adalah tidak sah untuk membuat wasiat untuk ahli waris dikalangan ahli keluarga sendiri walaupun harta yang diwasiatkan kurang daripada 1/3 daripada harta kecuali setelah mendapat keizinan penuh dari semua ahli waris yang berhak menerima pembahagian pesaka. Sekiranya simati seorang islam dan mempunyai anak angkat, simati boleh memberikan harta tingalan melalui hibah atau wasiat. Jika tiada sebarang hibah atau wasiat, maka anak angkat itu tidak berhak mewarisi apa-apa bahagian pun daripada tingalan harta bapa atau ibu angkatnya.



Wallhualam bissawab......

No comments:

Post a Comment

Education is not just about going to school and getting a degree.It's about widening your knowledge